
ENCIK ISHAK BIN HAMID
PENGARAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI
Bismillahhirahmannirahim… Assalamualaikum WBT… Salam Sejahtera…
Saya mengucapkan selamat kembali kepada pelajar-pelajar lama dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru.Dari sudut pembangunan pengajian Tinggi Negara, kita berhasrat untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing dalam arus gelombang globalisasi yang secara pantas mengubah cara dan gaya hidup.Berdasarkan kepada PSPTN kita ada pelan tindakan beraspirasikan misi,visi dan objektif.
Kolej kita member fokus kepada pendidikan dan latihan asas dalam bidang-bidang kejuruteraan dan hospitaliti.Objektif kualiti kita ialah memastikan semua program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran bagi melahirkan graduan yang berketrampilan serta mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai nilai dalam pasaran modal insan dalam bidang masing-masing. Konsep pembelajaran di kolej kita adalah berasaskan TVET (Technical and Vocational Educational Training)-Latihan Pendidikan dan Vokasional iaitu berasaskan kepada kemahiran 75% dan generik 25% yang disepadukan.
Bagi memastikan graduan yang dihasilkan oleh sistem kita mampu bersaing di pasaran modal insan; selain teknikal/vokasional,graduan perlu mempunyai nilai-nilai kendiri @ soft skill @insaniah yang mengandungi aspek pembangunan sahsiah pelajar seperti kemahiran berkomunikasi,kebolehan bekerja secara berpasukan,etika, integrity,keushawanan,kreatif,inovatif dan nilai-nilai murni. Kerana itu disamping pembelajaran formal, peranan JPP untuk menyokong usaha kita amat-amat penting dan diharapkan.
Bagi JPP, 2 strategi telah diletakkan:
Strategi 1-Memperkukuhkan JPP ( Membangunkan Potensi)
Insiatif 1: Mengenalpasti sumber daya insan yang kompetant
Inisiatif 2: Melahirkan pendekatan pentadbiran yang berkesan
Inisiatif 3 :Memantapkan pendekatan perkongsian misi
Strategi 2-Memperkasakan JPP ( Mencapai Kualiti Kecemerlangan )
Inisiatif 1 :Program kecemerlangan institusi
Inisiatif 2 :Program Kecemerlangan Komuniti
Inisiatif 3 :Memperkasakan Aktiviti
Saya percaya jika kepimpinan pelajar JPP dapat melaksanakan peranan masing-masing dengan sokongan pelajar maka proses transformasi yang bakal menentukan kelestarian Pembangunan Insan akan mampu mengharungi cabaran tahap kecemerlangan kolej kita.
Saya ulang semula hasrat kita adalah untuk menerapkan tujuh (7) elemen utama kemahiran insaniah kepada setiap pelajar disamping Latihan Teknikal dan Vokasional bidang masing-masing
(I) Komunikasi (Penguasaan Bahasa)
(II) Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
(III) Kerja Berpasukan
(IV) Pembelajaran berterusan dan Pengurusan Maklumat
(V) Kepimpinan- JPP
(VI) Moral dan Etika- nilai murni
(VII) Keusahawanan
Saya percaya kepimpinan pelajar yang ada akan melaksanakan aktiviti pembangunan insaniah secara holistik yang dapat mencalonkan wakil kita ke Majlis Anugerah Gemilang Pelajar ( AGP ) Peringkat Kebangsaan.
Saya menyeru semua pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti Ko-kurikulum yang terbahagi kepada:
1.Sukan (MASKOM)-7 jenis sukan
Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Takraw, Ping Pong, Golf dan Badminton
2. Sahsiah-Perkhemahan,Lawatan Pelajar, Pertandingan Kemahiran & Bakat
Berbagai penggerak langkah, sokongan dan harapan untuk mencapai hasrat. Pihak kolej telah berusaha untuk mendapatkan sumbangan awal bagi tabung JPP.
Sebagai mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan sekali lagi penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama menyumbang kepada mempertingkatkan kecemerlangan organisasi kita.
Sekian... Wabillahitaufik Wal Hidayah… Assalamualaikum Wbt... Terima Kasih.

ENCIK ISHAK BIN HAMID
PENGARAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI








































