
KURSUS - KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI
Pengenalan:
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat tanpa had umur, jantina dan bangsa. Dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.
Menariknya program ini:
Latihan berasaskan pada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan.
Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
Berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kemahiran melalui modul-modul yang ditawarkan.
Penilaian dilaksanakan bersama badan profesional dan agensi kerajaan.
Berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kepada mereka yang layak.
Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran.
Syarat Kemasukan:
WARGANEGARA MALAYSIA
Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas. (Pesara Kerajaan / Warga Emas / Belia / Lulusan Universiti / Lepasan Sekolah)
Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon
Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakan memohon
Tempoh Program:
Tempoh pengajian adalah TIGA (3) bulan sehingga ENAM (6) bulan bagi setiap modular.
Bayaran Yuran Pengajian:
RM 10.00 sebulan.
Pemberian Elaun:
Elaun sebanyak RM 250.00 sebulan akan diberikan kepada mereka yang layak.
Pengambilan dan Permohonan
Pemohonan adalah secara ONLINE melalui http:/www.jpkk.edu.my atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan di tempat anda. Perhatian:
- Untuk mengakses e-Borang, Calon perlu membeli nombor PIN di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Sila pastikan anda membeli No. Pin mengikut kategori prmohonan yang betul.
- Nombor Pin yang telah dibeli bagi permohonan Jun/Julai 2011 dalam Sistem permohonan ILKA masih sah digunakan untuk permohonan kemasukan Januari 2012.
Keputusan Permohonan dan Rayuan
Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana kaedah berikut:
• Laman web http://www.jpkk.edu.my
• Hubungi mana-mana Kolej Komuniti KPT
















