Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan perlaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti semua lapisan masyarakat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketampilan individu seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan alam pekerjaan.
Pembelajaran Sepanjang Hayat juga memberikan pendidikan dan latihan yang dinamik serta berkualiti kepada semua peringkat masyarakat untuk menyediakan mereka ke alam kerjaya yang diceburi seterusnya meningkatkan tahap sosio ekonomi komuniti setempat secara keseluruhan. Skop jabatan ini bertanggungjawab dalam menguruskan kursus pendek kolej, program pembangunan staf kolej, pameran dan lawatan anjuran kolej dan juga keceriaan serta kebersihan kolej.
Selain memberi pendidikan dan latihan dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran kepada lepasan SPM / SPMV, Kolej Komuniti Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia juga menyedia dan menawarkan kursus-kursus pendek, pendidikan lanjutan dan sepanjang hayat berasaskan permintaan awam dan industri merangkumi kursus bukan formal yang mempunyai jangkamasa singkat dan bermusim.
Kursus-kursus ini adalah antara elemen yang sangat penting dalam pelaksanaan program dan aktiviti di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selaras dengan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih.







































