Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLi) adalah merupakan unit yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengurus dan memastikan semua aktiviti yang berkaitan dengan Latihan Industri pelajar dilaksanakan mengikut perancangan. Latihan Industri (Li) adalah WAJIB dijalani oleh setiap pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan akan dijalankan selama satu (1) semester. Selama tempoh tersebut, pelajar akan di tempatkan di jabatan kerajaan atau syarikat swasta dan akan didedahkan kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar.
Objektif
Mendedahkan pelajar dalam suasana kerja sebenar.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
Memahami perkaitan di antara pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah dengan amalan praktik di tempat latihan.
Menghayati semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik dengan pekerja di tempat latihan.
Menghayati sikap jujur, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi.
Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat latihan.
Menyediakan laporan harian dan laporan Latihan Industri
Pelatih diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kursus yang diceburi. Untuk memantapkan lagi pengetahuan teori dan amali yang telah dipelajari di dalam kampus, Latihan Industri perlu dilaksanakan. Latihan Industri merupakan satu aktiviti pembelajaran di luar kampus di mana pelatih akan dihantar ke syarikat-syarikat yang bersesuaian dengan kursus yang diceburi supaya mereka mendapat pendedahan yang sewajarnya kepada suasana pekerjaan yang sebenar.
Tugas Unit Latihan Industri merangkumi empat aspek utama iaitu :
- Urusan Pentadbiran
- Penempatan Pelajar
- Pemantauan Pelajar
- Penilaian Pelajar
Syarikat-syarikat yang berminat untuk mendapatkan pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani bagi penempatan Latihan Industri boleh menghubungi Unit Latihan Industri Kolej Komuniti Sungai Petani.







































